Salam PJK kepada ahli PJK seluruh negara,
Hari ini di PJK Jelawat akhirnya berjaya dilaksanakan bengkel pertama yang bertajuk Pengenalan Asas Komputer sebelum diteruskan dengan bengkel kedua iaitu Pengenalan Asas Internet keesokkannya. Seramai 10 peserta yang begitu berminat mempelajari komputer (ahli) berjaya menjayakan bersama kami selama 2 jam.
Petang ini juga semua bahan promosi yang ditunggu-tunggu tiba. Termasuk kalendar, penegak brosur mengikut jenis program/aplikasi, bunting, leaflet, dan lain-lain. Semuanya berwarna, nampak profesional, dan harap berjaya menarik perhatian lebih ramai komuniti. Gambar? Akan disertakan kemudian untuk perkongsian.Insyaallah.
Terima kasih kepada rakan setugas (tunggal) yang banyak membantu melancarkan bengkel kita agar terlaksana dengan baik walau pun perlu dipertingkatkan.
Dan tentunya terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendaftar sebagai ahli dan menjadi peserta sebentar tadi.
Friday, January 15, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Niaga Online
Buku berharga RM10 ini tulisan Saliyati Suhaimi membicarakan mengenai e-dagang dan bagaimana memiliki e-kedai sendiri. Bermula daripada mereka yang ada produk tetapi tidak tahu bagaimana bermula hinggalah kepada yang tiada produk dan ingin bermula sebaik mungkin dengan adanya panduan. Bagusnya buku ini ringkas, mudah difahami, dan dimulakan dengan pengenalan terhadap Internet, e-dagang (sekiranya ada yang masih kabur) dan paling diperlukan ke mana harus dimulakan langkah bagi memasarkan apa sahaja produk yang difikirkan unik untuk dijual secara atas talian.
Monday, January 11, 2010
'Pergi' Yang Unggul
Tahniah! kepada Aizat selaku juara Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Konsep 1Malaysia dalam persembahan membawa kejayaan kepada beliau. Penulis sempat melihat persembahan Aizat yang bersiaran secara langsung dengan permulaan alunan 'ahhh ahhhh ahhhh' oleh wanita berketurunan India. Unik dan berbeza. Bahagian itu paling 'touching' dan nampak bersahaja. Diikuti pula suara Aizat menyanyikan lagu yang sedia maklum pada penulis dalam kelasnya tersendiri - vokal yang mengagumkan, yang tiada pada suara-suara lelaki lain. Saat Aizat mula melontarkan perkataan 'Sayu...' kedengaran jeritan para penonton cukup menandakan suara itu begitu dinanti-nantikan. Yang nyata beliau layak bergelar juara bagi AJL bagi 2010.Penyanyi: Aizat (Laman Kasi Gegar.Com)
Komposer/penulis lirik: Pete Teo
Sayu, terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus, angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi...pergi
Sepi, tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Sunday, January 10, 2010
SK Jelawat, Kami Akan Datang!
.jpg)
Merah Kuning Bahan Promosi
Agak lama penulis tidak menulis di sini. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang situasi terkini blog II. Alhamdulillah masih sihat.Pertama sekali, penulis juga sebagai wakil daripada PJK Jelawat ingin mohon kemaafan bagi semua pelajar di SKJ kerana baru sekarang kami akan menemui anda. Bukan apa terlalu sibuk dengan pelbagai persiapan dan perkara penting sebelum meneruskan operasi sepenuhnya. Untuk makluman bengkel kami akan dipastikan berbeza daripada tempat lain kerana kami dedikasikan segalanya untuk anda yang sama-sama menyokong kami.
Dan hari ini penulis berjaya siapkan sedikit bahan promosi untuk diserahkan kepada guru besar sebuah sekolah rendah paling dekat dengan PJK kami. Nampaknya hari ini seperti tidak berkesempatan bertemu guru besar, Tuan Hj Mat Ludin kebetulan apabila dijadualkan hari bertugas seorang diri dan ada ahli yang hadir. Tidak mengapa, yang penting sudah siap dan nampak sedikit 'bersungguh' promosi kami bukan?
Doakan ahli kami akan bertambah sempena tahun baru ini.
Nota: Bengkel pertama dan kedua akan bermula pada 15 dan 16 Januari 2010 ini. Percuma bagi ahli sahaja ;)
Sunday, January 3, 2010
Sesi Menuntut Ilmu Bermula Lagi
Ahad, 3 Januari adalah hari persekolahan pertama di sekolah-sekolah yang berada di bahagian pantai timur. Kepada murid-murid yang baru memasuki tahun satu, seperti biasa pasti pelbagai kerenah dan ragam anak-anak berusia 7 tahun untuk mula membiasakan diri di sekolah. Penulis masih ingat perasaan dan ketakutan 'kecil' dalam diri ketika usia yang sama, dihantar bersekolah di SRK Batu Lintang yang kini dikenali sebagai SK Batu Lintang.Sekolah itu penulis anggap istimewa kerana dikelilingi oleh murid-murid yang datang daripada kebanyakan kaum yang menetap di ibu negeri bumi Kenyalang dan penulis cuma ingat satu nama dengan jelas iaitu Puan Margaret Sobi kerana beliau adalah guru kelas selama 3 tahun.
Kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, selamat menghadapi tingkatan seterusnya terutama yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM. Tahun 2010 ini jadikan medan menuntut ilmu dengan penuh semangat dan buktikan anda sebenarnya boleh dan mahu berubah ke arah positif.
Selamat Belajar kepada semua generasi muda Malaysia!
Friday, January 1, 2010
Wanita dan Bidang Pengacaraan Sukan
Reem Shahwa Mohd Radza wanita muda berusia 24 tahun bakal menjadi pujaan peminat sukan seluruh negara apabila dia bergandingan bersama Lisa Wong mengacara program Star Sports Score Tonight, edisi Bahasa Malaysia yang ke udara setiap hari jam 10 malam. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media, Perhubungan Awam dan Penyiaran dari Universiti Murdoch Perth, Australia pernah bekerja selama setahun sebagai pembantu penerbit di NTV7.Ikuti kata-kata menarik beliau yang menjadikan ibu, pengacara Wan Zaleha Radzi dan Paula Malai Ali sebagai idola.
"Lelaki sering dikaitkan dengan aktiviti lasak manakala wanita mengenai fesyen dan kecantikan. Itu yang sering dibayangi penonton. "Namun kini, ramai wanita bersukan, malah menonton rancangan sukan. Jadi pemilihan saya sebagai pengacara sukan selain memecahkan tradisi juga sebagai daya penarik kepada wanita supaya menonton rancangan ini."
"Setiap orang bermula dengan proses pembelajaran. Bukan semua orang terus tahu dan mahir apa yang mereka lakukan. Proses pembelajaran tetap ada dari semasa ke semasa. Itulah yang saya lakukan."Saya banyakkan membaca, menonton rancangan sukan antarabangsa dan tempatan, melayari Internet serta banyak berbincang dengan lelaki mengenai sukan.”
"Dulu saya hanya mengetahui mengenai sukan tenis, perlumbaan kereta dan bola sepak. Saya juga hanya mengenali jaguh sukan seperti Roger Federer dan Schumacher, kini pengetahuan dan minat kepada sukan semakin bertambah. Saya juga mula meminati jaguh sukan, malah mulai cintakan kerjaya baru ini.”
“Untuk bergelar pengacara berjaya bukan setakat cantik, paling penting memiliki karisma dan pengetahuan tinggi dalam apa jua bidang.Biarlah penonton merasakan saya benar-benar layak mengendalikan rancangan ini dan mereka seronok menonton.”
"Pada zaman teknologi maklumat ini, kita tidak boleh mengabaikan nilai kekeluargaan kerana jika nilai ini makin terhakis maka akan muncul pelbagai masalah sosial. Justeru, masa yang ada wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak kira walau sesibuk mana sekali pun.”
"Selain mengacara saya gemar menulis. Mungkin saya mahu menulis novel.”
Sumber - Harian Metro
Mencipta Azam Menerusi 1001 Impian
Salam 2010 untuk semua,
Sudah ada impian sendiri, atau azam tersendiri? Jika 'YA' sama-sama kita realisasinya pada 2010 ini. Pastikan ia terlaksana!
Motto penulis tahun ini adalah: 1Azam, 1Impian
Dengan ini ...
Penulis ingin mengucapkan ...
Thursday, December 31, 2009
Ambang 2010
Hari ini sudah hari terakhir sebelum melangkah ke tahun baru. Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke pintu masuk seterusnya. Pintu itu dinamakan 2010. Dan esok pula, dengan izin Nya kita akan berada di permulaan hari bagi tahun (Masehi) seterusnya. Dengan susunan angka 01.01.2010 pastinya ada yang ingin mengabadikan hari bersejarah dengan angka ini.
Antara azam dan impian mana yang lebih besar maknanya? Azam? Bila tiba tahun yang baru, kebanyakan bercakap mengenai azam di tahun baru. Tapi ramai yang tidak bercakap tentang 'azam' memastikan 'azam' yang ditanam itu betul-betul berjaya dilaksanakan.
Penulis bercadang untuk menukarkan perkataan 'azam' kepada 'impian'. Moga ada perubahan di sini nanti. Mungkin kita gagal kerana takutkan dengan perkataan 'azam' itu sendiri yang kedengaran cukup bersungguh-sungguh.
Pada masa ini, apakah impian anda? Mari kita sama-sama cipta satu impian bagi setiap bulan untuk 2010 esok. Ini bermakna sekiranyanya kita berjaya, maka kita berjaya realisasikan 12 impian dalam 2010 kelak.
"Jangan lupa cipta satu impian malam ini, esok nanti baru terasa bahang semangat untuk mengucapkan selamat menyambut 2010!"
Antara azam dan impian mana yang lebih besar maknanya? Azam? Bila tiba tahun yang baru, kebanyakan bercakap mengenai azam di tahun baru. Tapi ramai yang tidak bercakap tentang 'azam' memastikan 'azam' yang ditanam itu betul-betul berjaya dilaksanakan.
Penulis bercadang untuk menukarkan perkataan 'azam' kepada 'impian'. Moga ada perubahan di sini nanti. Mungkin kita gagal kerana takutkan dengan perkataan 'azam' itu sendiri yang kedengaran cukup bersungguh-sungguh.
Pada masa ini, apakah impian anda? Mari kita sama-sama cipta satu impian bagi setiap bulan untuk 2010 esok. Ini bermakna sekiranyanya kita berjaya, maka kita berjaya realisasikan 12 impian dalam 2010 kelak.
"Jangan lupa cipta satu impian malam ini, esok nanti baru terasa bahang semangat untuk mengucapkan selamat menyambut 2010!"
Friday, December 25, 2009
Krismas Sebelum Memasuki 2010
Selamat pagi kepada semua dan semoga dalam keadaan sihat ceria hari ini. Satu lagi perayaan yang disambut meriah di Malaysia. Penulis ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka di Inspirasi Insan yang beragama Kristian di seluruh Malaysia khususnya.Memandangkan penulis kini menetap di Kota Bharu, sambutan tidak dapat dikongsi dan dilihat sebagaimana sekitar 20 tahun dahulu ketika berada di Kuching (mengikut keluarga) dan ketika berada di Selangor (tuntutan kerja). Pastinya, sangat berbeza terutamanya di Sarawak dan semestinya di Sabah.
Sekali lagi, selamat bergembira dan meniti beberapa hari-hari saja lagi sebelum kita semua mula di ambang 2010.
Monday, December 21, 2009
Debaran & Penantian Angkasawan Negara
Boleh dikira dengan jari berapa kali penulis beli majalah Pengantin. Kali ini penulis tertarik kerana selebriti di muka depan (idola penulis) bagi Januari 2010 adalah angkasawan pertama Malaysia. Bezanya kali ini beliau digandingkan bersama bakal tunang beliau yang akan mengikat ikatan pertunangan pada 1 Januari 2010.
Penulis hanya mahu berkongsi sedikit secara santai kerana anda harus dapatkan senaskhah original untuk ketahui lebih lanjut.
Dengan pertanyaan yang dikira begitu istimewa bagi tatapan peminat di luar sana, Pesona Pengantin berjaya mencipta suasana romantis dengan soalan-soalan meliputi detik perkenalan mereka, ciri-ciri yang membuatkan saling terpikat antara satu-sama lain, gambaran setiap pasangan terhadap diri masing-masing, dan mengapa tarikh 01.01.2010 diambil.
Yang paling istimewa adalah pandangan pasangan akan kepentingan berumahtangga dengan individu yang betul-betul serasi, yang memahami kerjaya pasangan (bidang kerjaya yang sama satu bonus bagi pasangan), mengutamakan kebahagiaan keluarga kedua belah pihak dan karektor pasangan yang diidamkan. Pada penulis mungkin ini antara pengantin popular bagi 2010 kerana banyak yang menarik mengenai pasangan ini yang istimewa di mata umum khasnya Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang terlibat dengan pelbagai program dan impian negara.
Penulis hanya mahu berkongsi sedikit secara santai kerana anda harus dapatkan senaskhah original untuk ketahui lebih lanjut.
Dengan pertanyaan yang dikira begitu istimewa bagi tatapan peminat di luar sana, Pesona Pengantin berjaya mencipta suasana romantis dengan soalan-soalan meliputi detik perkenalan mereka, ciri-ciri yang membuatkan saling terpikat antara satu-sama lain, gambaran setiap pasangan terhadap diri masing-masing, dan mengapa tarikh 01.01.2010 diambil.
Yang paling istimewa adalah pandangan pasangan akan kepentingan berumahtangga dengan individu yang betul-betul serasi, yang memahami kerjaya pasangan (bidang kerjaya yang sama satu bonus bagi pasangan), mengutamakan kebahagiaan keluarga kedua belah pihak dan karektor pasangan yang diidamkan. Pada penulis mungkin ini antara pengantin popular bagi 2010 kerana banyak yang menarik mengenai pasangan ini yang istimewa di mata umum khasnya Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang terlibat dengan pelbagai program dan impian negara."Perkahwinan satu tanggungjawab. Ia penyatuan dua hati
dan kehidupan akan diharungi bersama. Banyak
perkara memerlukan toleransi antara
kedua-dua belah pihak." - Dr. Halina
"Ramai yang mengatakan umur saya sudah terlajak untuk berkahwin. Kita hanya harus berkahwin apabila kita sudah bersedia dari segi kestabilan emosi, fikiran dan kewangan. Bagi saya, perkahwinan hanya sekali dan harus difikirkan dengan penuh teliti kerana ia melibatkan bukan sahaja pasangan tetapi juga keluarga." - Datuk Dr. Sheikh Muszapahar
Apakah konsep hari berbahagia pasangan ini nanti? Adakah berkonsepkan bulan dan bintang?
"Didoakan pasangan istimewa ini bakal menempuhi perjalanan persiapan hari bahagia dengan penuh indah dan tenang. " - B.Normi M.Noor
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)

